Thursday, March 12, 2020

KEM TELAGA BATIN KUALA TERENGGANU (SCOUT INN RESORT)


Anda merancang untuk mengadakan kem pelajar? Mencari lokasi kem yang menarik dan sesuai untuk aktiviti lasak? Kem yang lengkap dengan kemudahan untuk perkemahan atau bermalam di asrama? Ingin mencuba aktiviti Flying Fox, Abseiling, laluan berhalangan yang mencabar, Orienteering? 

Brilante Academy ada segalanya!!!

Kepakaran kami adalah mengurus dan mengendalikan pelbagai jenis program pelajar khusus untuk pelajar diperingkat rendah, menengah dan mahasiswa. Sejak tahun 2010, kami telah menjalankan pelbagai program di seluruh Malaysia melibatkan lebih dari 10,000 orang pelajar.

Kenapa perlu bersama kami?

Pakej lengkap kami termasuklah mengurus dan mengendalikan aktiviti lasak, pengisian rohani (Islamik), slot program motivasi (MOTIVIZER), slot muhasabah, pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta.

Antara tawaran pengisian kem yang ditawarkan:
a) Kem kepimpinan,
b) Kem Motivasi,
c) Kem jatidiri
d) Kem pecutan peperiksaan,
e) Kem SUPER MUSLIM
f) dan pelbagai lagi bentuk pengisian yang sesuai dengan keperluan anda.

Hubungi kami segera untuk mendapatkan maklumat lengkap serta harga promosi pakej kem kami dengan menghubungi,
Che A : 013-9474223


Tuesday, March 3, 2020

Kursus Motivasi Pekerja - Booster Ramadan

ANDA MENCARI PROGRAM MOTIVASI UNTUK PEKERJA? PEKERJA KURANG SERONOK DAN RASA BOSAN DI PEJABAT? BUNTU MERANCANG PROGRAM YANG SESUAI DAN BERIMPAK TINGGI?
.
.
Apa agaknya aktiviti atau program yang boleh dibuat untuk kakitangan di pejabat? Tak kan tahun ni pun nak buat macam tahun-tahun lepas. Pengisian sempena Ramadan pun belum ada rancangan lagi ni.
.
.
Jangan risau!! Kami menyediakan satu modul khusus untuk tujuan peningkatan kualiti kerja berpasukan. Melalui kaedah "Ceramah Sambil Bermain" yang kami gunakan, peserta tidak akan bosan sepanjang program berlangsung. Antara maklum balas peserta program kami -->>
.
"Mula-mula datang tu, ingatkan program ceramah biasa je. Tapi bila dah join, terus jatuh cinta. Sangat seronok dan lain dari yang lain", Faizzuddin - KOPETRO Berhad
.
"Program ni sangat berkesan untuk semua peringkat pekerja. Kaedah penyampaian yang sangat menarik dan berkesan. Kipidapp!!", Kakitangan - ILP Gong Badak
.
"Banyak aktiviti yang dibuat sepanjang program ni. Dan setiap aktiviti tu mempunyai maksud yang tersirat yang sangat memberi kesan kepada saya dan kawan-kawan", Nur Alwani - Lotus Formula
.
.
Tunggu apa lagi!! Bertindak sekarang!! Hubungi kami segera untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang kami tawarkan. Jadilah orang yang terawal untuk merebut peluang dan tawaran istimewa daripada kami.
=======
INFO PROGRAM
=======
Program : MOTIVASI “BOOSTER RAMADAN”
Peserta Sasaran : SEMUA PERINGKAT PEKERJA
Jumlah Peserta : MINIMUM 20 ORANG SETIAP SESI
Tempoh Program : 3 Jam
.
.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
Mohd Abu Said
013-9474233
saidrazak88@gmail.com

Saturday, October 19, 2019

Membangun masyarakat dengan motivasi diri berasaskan Islam

Kami dari Brilante Academy sangat komited dalam membangunkan modul-modul yang mampu merawat masalah hati ummah melalui pendekatan yang dituntut oleh Islam.

Betapa hebatnya Islam, pelbagai contoh dan tauladan telah ditinggalkan oleh baginda SAW dan para sahabat yang sepatutnya diambil iktibar dan dijadikan panduan hidup kita. Tetapi sayang seribu kali sayang, mungkin kita sekadar mengambil tahu dan tidak mampu mengolah dan seterusnya mengamalkan setiap panduan hidup tersebut sehingga kita sentiasa terkapai-kapai dalam mencari panduan hidup terbaik.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Asas dan panduan hidup yang terbaik hanyalah dalam agama Islam. Sejauh mana kita mampu taat perintah Allah dengan mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh baginda SAW, pasti menjamin kejayaan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

Manusia yang paling berjaya adalah para sahabat baginda SAW. Mereka bukan sahaja telah mendapat redho Allah ketika mereka masih hidup di dunia, mereka juga telah diberi jaminan syurga di akhirat. Bukankah ini juga yang menjadi impian kita semua?

Soal ujian, masalah, cabaran dan tanggungjawab, semuanya akan diselesaikan dan dipermudahkan sekiranya kita mengikut semua panduan hidup yang telah ditunjukkan dan sering diceritakan melalui kisah-kisah para sahabat.

Insyaallah, melalui pengalaman, kemahiran dan Ilmu yang kami miliki, kami dari Brilante Academy akan membantu anda untuk keluar dari semua masalah yang membelenggu hidup anda melalui program-program yang kami bangunkan. Kami mohon tuan-tuan dan puan-puan luangkan sedikit masa dengan mengizinkan kami untuk membantu.

Semoga Allah memudahkan setiap urusan kami dalam membangunkan modul dan urusan anda dalam mencari keberkatan serta panduan hidup yang penuh dengan ujian ini.

Salam Ukhuwah dari kami.

Friday, October 18, 2019

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Saya percaya, semua warga pendidik sangat sinonim dengan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP / LDP) yang wajib dijalani setiap tahun. Melalui kursus ini, warga pendidik akan dilatih dan dibekalkan dengan pelbagai ilmu seperti;
1) Pembangunan kemahiran,
2) Pembangunan intelektual,
3) Nilai.

Ramai guru dan penceramah berkemahiran telah tersenarai dan tercalon sebagai antara pengendali LADAP yang sangat hebat, berilmu dan berkemahiran dalam mengendalikan program LADAP. Kebiasaannya, mereka ini akan dinilai menerusi beberapa aspek seperti;
a) Isi kandungan program,
b) Cara mengendalikan program,
c) Aktiviti program,
d) Penglibatan peserta dalam program.

Melalui program yang menarik, ia bukan sahaja mampu menjadikan peserta lebih fokus kepada topik yang disampaikan malah maklumat dan pengisian program juga dapat disalurkan dengan lebih optimum seterusnya matlamat program akan lebih mudah dicapai dengan berkesan.

Brilante Academy merupakan sebuah syarikat latihan dan pengendali program motivasi yang beroperasi di Kuala Terengganu. Telah berpengalaman dalam mengendalikan program motivasi dan seminar motivasi selama 5 tahun di seluruh negara melibatkan pelbagai sekolah, IPTA, program kemasyarakatan dan badan-badan korporat kerajaan / swasta.

Antara elemen utama bagi program yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan pengisian LADAP adalah seperti;
a) Budaya kerja cemerlang,
b) Kepimpinan,
c) Pengurusan kendiri,
d) Kerohanian,
e) Kursus pengukuhan.

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memenuhi waktu program yang diperuntukkan bagi memastikan teknik penyampaian tidak hanya menjurus kepada ceramah semata-mata. Sebaliknya, setiap aktiviti yang akan dijalankan memiliki falsafah yang tersendiri bagi memastikan matlamat program itu tercapai.

Sekiranya tuan/puan bercadang untuk mendapatkan bantuan kami dalam mengendalikan program LADAP, tuan/puan boleh terus menghubungi perunding kami untuk maklumat lanjut dan sebut harga program.

Perunding
Brilante Academy
Islamic Education Centre
Mohd Abu Said Abdul Razak (Che Aa)
013-9474223
saidrazak88@gmail.com

Monday, October 14, 2019

SENTUHAN MUKMIN


MEMBONGKAR KEAJAIBAN DAN RAHSIA SENTUHAN
Brilante Academy

Islam merupakan agama yang sangat indah merangkumi semua aspek baik dari segi rohani dan jasmani. Tapi sayangnya, masih ramai dikalangan kita yang tidak sedar akan rahsia-rahsia tersirat disebalik setiap saranan dan suruhan agama sehingga kita tidak mendapat manfaat daripadanya. Salah satu daripadanya adalah berkaitan rahsia dan keajaiban SENTUHAN.

Melalui sentuhan, ia mampu mengeratkan hubungan, menghantar gelombang kasih sayang, membuktikan dan menyampaikan isyarat cinta dan bermacam-macam lagi. Tapi, bagaimanakah kaedah sentuhan yang dimaksudkan? Adakah kita telah mempraktikkan kaedah sentuhan yang mampu memberi kesan dalam kehidupan kita?

Pelbagai masalah yang melibatkan perhubungan sering terjadi hanya kerana kegagalan memahami dan mempraktikkan rahsia sentuhan. Hubungan dengan kenalan, hubungan antara guru dan pelajar, hubungan ibu bapa dan anak-anak, hubungan suami isteri dan sebagainya.

Menurut salah seorang pengkaji tentang rahsia sentuhan iaitu Alice Sterling Honig, PhD, pakar perkembangan anak di Syracuse Universiti, bayi yang kurang mendapat sentuhan akan mengalami pertumbuhan otak 20% lebih kecil berbanding bayi yang mendapat sentuhan kasih sayang daripada ibu bapa.

Menurut Mahfud Sidik, sentuhan mampu memberi perasaan tenang, terhibur dan bahagia disamping mampu mengurangkan kadar stress, gelisah, kurang kepercayaan diri dan kurangnya motivasi diri seseorang.

Bagi membongkar rahsia serta keajaiban rahsia sentuhan, satu modul motivasi khusus telah dibangunkan oleh Brilante Academy khusus untuk semua golongan terutama ibi bapa, suami isteri, pelajar, siswa dan pekerja.

Untuk itu, saya menjemput sesiapa sahaja dikalangan pembaca sekalian yang berminat untuk menganjurkan program motivasi menghubungi kami bagi membantu anda menganjurkan dan mengendalikan program motivasi bagi Membongkar Keajaiban dan Rahsia Sentuhan.

Brilante Academy
Islamic Education centre Kuala Terengganu
013-9474223