Saya percaya, semua warga pendidik sangat sinonim dengan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP / LDP) yang wajib dijalani setiap tahun. Melalui kursus ini, warga pendidik akan dilatih dan dibekalkan dengan pelbagai ilmu seperti;
2) Pembangunan intelektual,
3) Nilai.
Ramai guru dan penceramah berkemahiran telah tersenarai dan tercalon sebagai antara pengendali LADAP yang sangat hebat, berilmu dan berkemahiran dalam mengendalikan program LADAP. Kebiasaannya, mereka ini akan dinilai menerusi beberapa aspek seperti;
a) Isi kandungan program,
b) Cara mengendalikan program,
c) Aktiviti program,
d) Penglibatan peserta dalam program.
Melalui program yang menarik, ia bukan sahaja mampu menjadikan peserta lebih fokus kepada topik yang disampaikan malah maklumat dan pengisian program juga dapat disalurkan dengan lebih optimum seterusnya matlamat program akan lebih mudah dicapai dengan berkesan.
Brilante Academy merupakan sebuah syarikat latihan dan pengendali program motivasi yang beroperasi di Kuala Terengganu. Telah berpengalaman dalam mengendalikan program motivasi dan seminar motivasi selama 5 tahun di seluruh negara melibatkan pelbagai sekolah, IPTA, program kemasyarakatan dan badan-badan korporat kerajaan / swasta.
Antara elemen utama bagi program yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan pengisian LADAP adalah seperti;
a) Budaya kerja cemerlang,
b) Kepimpinan,
c) Pengurusan kendiri,
d) Kerohanian,
e) Kursus pengukuhan.
Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memenuhi waktu program yang diperuntukkan bagi memastikan teknik penyampaian tidak hanya menjurus kepada ceramah semata-mata. Sebaliknya, setiap aktiviti yang akan dijalankan memiliki falsafah yang tersendiri bagi memastikan matlamat program itu tercapai.
Sekiranya tuan/puan bercadang untuk mendapatkan bantuan kami dalam mengendalikan program LADAP, tuan/puan boleh terus menghubungi perunding kami untuk maklumat lanjut dan sebut harga program.
Perunding
Brilante Academy
Islamic Education Centre
Mohd Abu Said Abdul Razak (Che Aa)
013-9474223
saidrazak88@gmail.com
No comments:
Post a Comment