Kami dari Brilante Academy sangat komited dalam membangunkan modul-modul yang mampu merawat masalah hati ummah melalui pendekatan yang dituntut oleh Islam.

Betapa hebatnya Islam, pelbagai contoh dan tauladan telah ditinggalkan oleh baginda SAW dan para sahabat yang sepatutnya diambil iktibar dan dijadikan panduan hidup kita. Tetapi sayang seribu kali sayang, mungkin kita sekadar mengambil tahu dan tidak mampu mengolah dan seterusnya mengamalkan setiap panduan hidup tersebut sehingga kita sentiasa terkapai-kapai dalam mencari panduan hidup terbaik.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Asas dan panduan hidup yang terbaik hanyalah dalam agama Islam. Sejauh mana kita mampu taat perintah Allah dengan mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh baginda SAW, pasti menjamin kejayaan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

Manusia yang paling berjaya adalah para sahabat baginda SAW. Mereka bukan sahaja telah mendapat redho Allah ketika mereka masih hidup di dunia, mereka juga telah diberi jaminan syurga di akhirat. Bukankah ini juga yang menjadi impian kita semua?
Soal ujian, masalah, cabaran dan tanggungjawab, semuanya akan diselesaikan dan dipermudahkan sekiranya kita mengikut semua panduan hidup yang telah ditunjukkan dan sering diceritakan melalui kisah-kisah para sahabat.
Insyaallah, melalui pengalaman, kemahiran dan Ilmu yang kami miliki, kami dari Brilante Academy akan membantu anda untuk keluar dari semua masalah yang membelenggu hidup anda melalui program-program yang kami bangunkan. Kami mohon tuan-tuan dan puan-puan luangkan sedikit masa dengan mengizinkan kami untuk membantu.
Semoga Allah memudahkan setiap urusan kami dalam membangunkan modul dan urusan anda dalam mencari keberkatan serta panduan hidup yang penuh dengan ujian ini.
Salam Ukhuwah dari kami.
No comments:
Post a Comment